Braven Rovers mempersembahkan
Kejohanan bola sepak kategori terbuka

BRFC CUP

Kejohanan bola sepak 11 sebelah kategori terbuka yang menghimpunkan maksimum 16 pasukan dalam format 4 kumpulan sebelum peringkat kalah mati.

Braven Rovers Football Club crest
BRFC · 2026
FORMAT
11 sebelah
STRUKTUR
16 pasukan · 4 kumpulan
TEMPOH PERLAWANAN
15 minit · Final 20 minit
TARIKH
20 September 2026
TEMPAT
Padang Bola Sepak & Ragbi A dan B, Kota Kinabalu
BRFC Cup Sabah 2026
Mengenai kejohanan

Satu pentas. Enam belas pasukan. Satu juara.

BRFC Cup Sabah 2026 menggunakan format 11 sebelah dan empat kumpulan. Perlawanan peringkat kumpulan hingga separuh akhir dimainkan selama 15 minit, manakala perlawanan akhir dimainkan selama 20 minit. Halaman ini menghimpunkan syarat penyertaan, hadiah, keputusan, kedudukan kumpulan dan jadual pertandingan.

Tarikh kejohanan
20 September 2026 · Ahad
Padang Bola Sepak & Ragbi A dan B, Kota Kinabalu

Penyertaan maksimum 16 pasukan. Slot disahkan selepas bayaran deposit diterima.

Pendaftaran sedang dibuka
Berita & kemas kini

Maklumat terkini BRFC Cup

Bahagian ini merekodkan perubahan penting supaya semua pasukan menerima rujukan yang sama.

Status penganjuran

Kelulusan penganjuran daripada SAFA telah diperoleh

SAFA, melalui surat rujukan SAFA/21/214(26), memaklumkan tiada halangan untuk BRFC Cup Sabah 2026. Penganjur akan mematuhi peraturan FAM, menggunakan pengadil berlesen SAFA serta menyediakan keselamatan dan pasukan medik.

Kemas kini peraturan

Kuota pemain dikemas kini

Setiap pasukan boleh mendaftarkan sehingga 3 pemain Ex-State dan 3 pemegang pasport. Di padang, maksimum 2 pemain Ex-State dan 3 pemegang pasport dibenarkan pada satu-satu masa.

Kemas kini disiplin

Laporan akan dihantar kepada SAFA

Bagi kes salah laku serius, laporan tatatertib akan dihantar kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) untuk tindakan lanjut jika perlu.

Format perlawanan

Final dimainkan selama 20 minit

Perlawanan peringkat kumpulan hingga separuh akhir dimainkan selama 15 minit secara terus. Perlawanan akhir dimainkan selama 20 minit secara terus.

Pendaftaran

Slot disahkan dengan deposit

Penyertaan kekal terhad kepada 16 pasukan. Slot hanya dikunci selepas deposit RM400 diterima, manakala baki yuran dijelaskan mengikut arahan penganjur.

Pendaftaran

Sertai saingan

Yuran penyertaan
RM800
Deposit
RM400
Tidak dikembalikan
Hubungi PIC untuk daftar
Hadiah

Ganjaran pemenang

01
Juara
PialaRM3,000Medal
02
Naib Juara
RM1,500Medal
03
Ketiga Bersama
RM500Medal
04
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir
Piala
05
Penjaring Terbanyak
Piala
06
Penjaga Gol Terbaik
Piala
07
Pasukan Terbaik
Hamper
Pasukan disahkan

Mereka sudah masuk saingan.

Empat pasukan telah mengunci penyertaan untuk BRFC Cup Sabah 2026. Slot masih terbuka kepada pasukan yang mahu menyertai saingan.

Penyertaan semasa
4 / 16 pasukan
Logo Sabah Arsenal Supporters Football Team
Confirmed team

SAS FT

Sabah Arsenal Supporters Football Team

Logo Sabah Creators FC
Confirmed team

Sabah Creators FC

Sabah Creators FC

Logo Anapoly FC
Confirmed team

Anapoly FC

Anapoly FC

Logo Kiulu All Star
Confirmed team

Kiulu All Star

Kiulu All Star

12 slot lagi tersedia. Hubungi PIC untuk mengunci slot pasukan anda.

Kedudukan

Peringkat kumpulan

Belum ada keputusan direkodkan
KumpulanPasukanMPMSKGDMata
APasukan akan dikemas kini------
BPasukan akan dikemas kini------
CPasukan akan dikemas kini------
DPasukan akan dikemas kini------

MP: Main · M: Menang · S: Seri · K: Kalah · GD: Jaringan bersih

Jadual perlawanan

Perlawanan akan datang

Jadual akan dikemas kini selepas undian
A1
Akan diumumkan vs Akan diumumkan
Perlawanan kumpulan
A2
Akan diumumkan vs Akan diumumkan
Perlawanan kumpulan
B1
Akan diumumkan vs Akan diumumkan
Perlawanan kumpulan
B2
Akan diumumkan vs Akan diumumkan
Perlawanan kumpulan
Syarat dan peraturan

BRFC Cup Sabah 2026

Tarikh: 20 September 2026 (Ahad) · Tempat: Padang Ragbi A & B · Kategori: Terbuka (Open Category) · Format: 11 Sebelah · Jumlah Penyertaan: Maksimum 16 Pasukan

Semua pasukan yang menyertai BRFC Cup Sabah 2026 dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat dan peraturan di bawah.

1. Penyertaan+
  • a)Pertandingan ini adalah Kategori Terbuka (Open Category) dan terbuka kepada pasukan yang memenuhi syarat penyertaan serta kelayakan pemain yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • b)Penyertaan adalah terhad kepada maksimum enam belas (16) pasukan sahaja.
  • c)Penyertaan sesebuah pasukan hanya dianggap sah dan disahkan setelah bayaran deposit diterima oleh pihak penganjur.
  • d)Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat pertandingan.
2. Yuran Penyertaan dan Deposit+
  • a)Yuran penyertaan adalah sebanyak RM800.00 bagi setiap pasukan.
  • b)Deposit sebanyak RM400.00 hendaklah dibayar bagi mengesahkan penyertaan dan menempah slot pasukan.
  • c)Baki sebanyak RM400.00 hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum tarikh tutup pembayaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • d)Slot penyertaan hanya dianggap sah dan disahkan selepas pihak penganjur menerima bayaran deposit.
  • e)Semua bayaran deposit yang telah dibuat adalah TIDAK DIKEMBALIKAN (NON-REFUNDABLE) sekiranya pasukan menarik diri, gagal hadir atau membatalkan penyertaan atas apa-apa sebab.
  • f)Kegagalan menjelaskan baki yuran dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan slot pasukan dibatalkan dan ditawarkan kepada pasukan lain.
  • g)Sekiranya penyertaan dibatalkan akibat kegagalan menjelaskan baki yuran, deposit yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
3. Kelayakan Pemain+
  • a)Pertandingan ini adalah Kategori Terbuka (Open Category), tertakluk kepada syarat kelayakan pemain yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • b)Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum lapan belas (18) orang pemain sahaja.
  • c)Pemain veteran dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  • d)Pemain State yang masih aktif mewakili pasukan State adalah TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.
  • e)Setiap pemain hanya dibenarkan berdaftar dan mewakili satu (1) pasukan sepanjang pertandingan.
  • f)Pemain yang telah bermain untuk sesebuah pasukan tidak dibenarkan bertukar atau mewakili pasukan lain sepanjang pertandingan.
  • g)Pihak penganjur berhak membuat semakan terhadap identiti, status dan kelayakan mana-mana pemain pada bila-bila masa sepanjang pertandingan.
4. Pemegang Pasport+
  • a)Pemain pemegang pasport, termasuk pemain import atau bekas pemain import, hendaklah dikategorikan sebagai Pemegang Pasport bagi tujuan pertandingan ini.
  • b)Pemegang pasport tidak dikategorikan sebagai Ex-State walaupun pernah mewakili atau bermain untuk pasukan State.
  • c)Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum tiga (3) orang pemegang pasport.
  • d)Maksimum tiga (3) orang pemegang pasport dibenarkan berada di dalam padang bagi setiap pasukan pada satu-satu masa.
  • e)Pertukaran antara pemegang pasport adalah dibenarkan dengan syarat tidak melebihi tiga (3) pemain kategori tersebut berada di dalam padang pada satu-satu masa.
5. Pemain Ex-State+
  • a)Bagi tujuan pertandingan ini, kategori Ex-State merujuk kepada pemain tempatan yang pernah berdaftar atau mewakili Sabah FA, Sabah FC, Sabah Reserves atau SUKMA.
  • b)Pemain State yang masih aktif mewakili pasukan State adalah TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.
  • c)Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum tiga (3) orang pemain Ex-State.
  • d)Hanya dua (2) pemain Ex-State dibenarkan berada di dalam padang bagi setiap pasukan pada satu-satu masa.
  • e)Pertukaran antara pemain Ex-State adalah dibenarkan dengan syarat tidak melebihi dua (2) pemain Ex-State berada di dalam padang pada satu-satu masa.
6. Komposisi Pemain di Dalam Padang+
  • a)Setiap pasukan hanya dibenarkan menurunkan maksimum sebelas (11) orang pemain di dalam padang pada satu-satu masa.
  • b)Komposisi maksimum pemain di dalam padang adalah seperti berikut: (i) dua (2) pemain Ex-State; dan (ii) tiga (3) pemegang pasport.
  • c)Pasukan tidak diwajibkan menurunkan pemain Ex-State atau pemegang pasport.
  • d)Sekiranya mana-mana kuota tersebut tidak digunakan, tempat berkenaan boleh diisi oleh pemain tempatan / pemain biasa. Penjaga gol tidak termasuk dalam kedua-dua kuota ini dan hanya boleh bermain sebagai penjaga gol.
  • e)Dalam apa jua keadaan, sesebuah pasukan tidak boleh menurunkan lebih daripada dua (2) pemain Ex-State dan tiga (3) pemegang pasport di dalam padang pada satu-satu masa.
7. Format Pertandingan+
  • a)Pertandingan melibatkan maksimum enam belas (16) pasukan.
  • b)Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan dengan empat (4) pasukan bagi setiap kumpulan.
  • c)Pertandingan akan bermula dengan peringkat kumpulan sebelum diteruskan ke peringkat kalah mati.
  • d)Perlawanan peringkat kumpulan hingga separuh akhir dimainkan selama lima belas (15) minit secara terus tanpa pertukaran tempat.
  • e)Perlawanan akhir dimainkan selama dua puluh (20) minit secara terus tanpa pertukaran tempat.
  • f)Jadual dan susunan perlawanan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
  • g)Pasukan hendaklah bersedia untuk bermain mengikut masa yang telah ditetapkan dalam jadual pertandingan.
  • h)Pihak penganjur berhak membuat perubahan terhadap jadual, masa atau padang sekiranya diperlukan atas faktor cuaca, keselamatan, keadaan padang atau kelancaran pertandingan.
8. Sistem Mata Peringkat Kumpulan+
  • a)Menang: Tiga (3) mata.
  • b)Seri: Satu (1) mata.
  • c)Kalah: Kosong (0) mata.
  • d)Sekiranya dua atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan akan ditentukan berdasarkan: (i) perbezaan jaringan; (ii) jumlah jaringan; (iii) keputusan pertemuan antara pasukan (head-to-head); dan (iv) kaedah lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan sekiranya masih terikat.
9. Kad Kuning, Kad Merah dan Denda+
  • a)Setiap kad kuning yang diterima oleh pemain akan dikenakan denda sebanyak RM30.00.
  • b)Setiap kad merah yang diterima oleh pemain akan dikenakan denda sebanyak RM100.00.
  • c)Denda kad adalah menjadi tanggungjawab pemain yang menerima kad tersebut.
  • d)Segala denda hendaklah dijelaskan kepada pihak penganjur sebelum perlawanan pasukan yang seterusnya.
  • e)Pemain yang masih mempunyai denda kad tertunggak tidak dibenarkan bermain atau diturunkan dalam perlawanan seterusnya sehingga bayaran denda dijelaskan sepenuhnya.
  • f)Setelah bayaran denda dijelaskan, pemain berkenaan dibenarkan kembali bermain, tertakluk kepada apa-apa hukuman penggantungan yang dikenakan akibat kad tersebut.
  • g)Pembayaran denda tidak secara automatik membatalkan hukuman penggantungan atau tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pemain.
  • h)Kad merah yang melibatkan pergaduhan, tindakan ganas, ugutan, serangan terhadap pengadil atau pegawai pertandingan, atau salah laku serius boleh dikenakan hukuman tambahan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
  • i)Bagi kes salah laku serius, laporan tatatertib akan dihantar kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) untuk tindakan lanjut jika perlu.
10. Disiplin dan Pergaduhan+
  • a)Semua pemain, pegawai pasukan dan penyokong hendaklah menjaga disiplin serta mematuhi arahan pengadil dan pihak penganjur sepanjang pertandingan.
  • b)Sebarang tindakan provokasi, ugutan, kekasaran melampau atau perbuatan yang boleh mencetuskan pergaduhan adalah dilarang sama sekali.
  • c)Sekiranya berlaku pergaduhan yang melibatkan kedua-dua pasukan, kedua-dua pasukan berkenaan akan DISINGKIRKAN SERTA-MERTA daripada pertandingan (AUTOMATIC DISQUALIFICATION), tanpa mengira keputusan atau peringkat pertandingan ketika kejadian berlaku.
  • d)Sekiranya sesuatu insiden jelas berpunca dan hanya melibatkan tindakan salah satu pasukan, pihak penganjur berhak menentukan tindakan terhadap pasukan yang bertanggungjawab berdasarkan laporan pengadil dan pegawai pertandingan.
  • e)Pihak penganjur berhak mengambil tindakan serta-merta terhadap mana-mana pemain, pegawai atau pasukan yang mengancam keselamatan, mengganggu perjalanan pertandingan atau melakukan salah laku serius.
  • f)Tiada pemulangan yuran penyertaan atau deposit akan dibuat kepada pasukan yang disingkirkan atas sebab disiplin.
11. Pengadil dan Keputusan Perlawanan+
  • a)Semua pasukan hendaklah menghormati keputusan pengadil sepanjang perlawanan.
  • b)Keputusan pengadil berkaitan perkara yang berlaku di dalam permainan adalah muktamad.
  • c)Sebarang bantahan, penghinaan, ugutan atau tindakan agresif terhadap pengadil atau pegawai pertandingan boleh dikenakan tindakan disiplin.
12. Kelewatan dan Walkover+
  • a)Semua pasukan bertanggungjawab memastikan pemain bersedia sebelum waktu perlawanan yang telah dijadualkan.
  • b)Pasukan yang gagal hadir atau gagal menyediakan jumlah pemain yang mencukupi untuk memulakan perlawanan boleh dikenakan kekalahan secara walkover (W/O).
  • c)Keputusan berkaitan walkover adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pertandingan.
13. Keselamatan dan Kecederaan+
  • a)Setiap pasukan bertanggungjawab memastikan pemain mereka berada dalam keadaan fizikal yang sesuai untuk menyertai pertandingan.
  • b)Pihak penganjur tidak menyediakan perlindungan insurans individu bagi mana-mana peserta.
  • c)Pemain dan pegawai pasukan menyertai pertandingan atas risiko sendiri.
  • d)Pihak penganjur akan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pertandingan.
  • e)Sekiranya berlaku kecederaan serius, pihak penganjur akan membantu mendapatkan bantuan perubatan yang bersesuaian.
14. Gambar, Video dan Media+
  • a)Sepanjang pertandingan, gambar, video dan rakaman media boleh dibuat oleh pihak penganjur atau pihak media yang dilantik.
  • b)Dengan menyertai pertandingan, pasukan dan pemain bersetuju bahawa gambar serta rakaman pertandingan boleh digunakan bagi tujuan liputan, promosi, media sosial, laporan pertandingan dan bahan berkaitan penaja BRFC Cup.
15. Cuaca dan Keadaan Luar Jangka+
  • a)Pihak penganjur berhak menangguhkan, memendekkan, memindahkan atau membatalkan sesuatu perlawanan sekiranya keadaan cuaca, padang atau faktor keselamatan tidak mengizinkan.
  • b)Sebarang perubahan akan dibuat dengan mengambil kira keselamatan pemain dan kelancaran keseluruhan pertandingan.
  • c)Keputusan pihak penganjur berkaitan perkara tersebut adalah muktamad.
16. Bantahan dan Kelayakan Pemain+
  • a)Pihak penganjur berhak membuat semakan terhadap identiti dan kelayakan mana-mana pemain sekiranya terdapat bantahan atau keraguan.
  • b)Setiap pasukan bertanggungjawab memastikan semua pemain yang didaftarkan memenuhi syarat pertandingan.
  • c)Mana-mana pasukan yang didapati menggunakan pemain yang tidak layak atau melanggar kuota pemain boleh dikenakan tindakan termasuk pembatalan keputusan perlawanan, kekalahan secara walkover (W/O) atau disingkirkan daripada pertandingan.
  • d)Keputusan Jawatankuasa Pertandingan mengenai status dan kelayakan seseorang pemain adalah muktamad.
17. Hadiah+
  • a)Juara: Piala, wang tunai RM3,000.00 dan medal.
  • b)Naib Juara: Wang tunai RM1,500.00 dan medal.
  • c)Ketiga Bersama (2 pasukan): Wang tunai RM500.00 dan medal.
  • d)Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Piala.
  • e)Penjaring Terbanyak: Piala.
  • f)Penjaga Gol Terbaik: Piala.
  • g)Pasukan Terbaik: Hamper.
18. Kuasa Pihak Penganjur+
  • a)Semua pasukan yang menyertai BRFC Cup Sabah 2026 dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat dan peraturan pertandingan.
  • b)Pihak penganjur berhak membuat keputusan terhadap sebarang perkara yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam peraturan ini demi keselamatan, keadilan dan kelancaran pertandingan.
  • c)Pihak penganjur berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana pasukan, pemain atau pegawai yang melanggar peraturan pertandingan.
  • d)Sebarang keputusan Jawatankuasa Pertandingan BRFC Cup Sabah 2026 adalah muktamad.
Hubungi PIC

Ada pertanyaan tentang BRFC Cup?

Hubungi salah seorang PIC melalui WhatsApp untuk pendaftaran, maklumat pertandingan atau pertanyaan lanjut.